Order form

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Tuesday, May 10, 2011

SIRI POPULAR DUNIA 'HARRY POTTER' DALAM BAHASA MALAYSIA


**POS DAFTAR FREE 
APABILA ANDA MEMBELI MANA-MANA 2 ATAU LEBIH BAHAN BACAN YANG TERDAPAT ALBUM CATCHY HOUSE



HARRY POTTER DENGAN BATU HIKMAT
Kod: SHPM5301
MUKA SURAT: 322
HARGA: SM: RM19 / S_S: RM21

SINOPSIS:
Mengisahkan Harry Potter, seorang anak yatim piatu yang tinggal menumpang di rumah ibu saudaranya selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia. Harry yang hidup terabai, sering dipandang pelik oleh orang sekelilingnya.

Pengembaraannnya ke dunia kuasa ajaib bermula apabila dia bertemu dengan lelaki berbadan gergasi bernama Hagrid dan mendaftar diri di Sekolah Ahli Sihir Hogwards. Di sinilah Harry berkenalan dengan Ron Weasley dan Hermione Granger, yang menjadi sahabat sejatinya dalam perjuangan menentang kuasa jahat. Di sekolah ini jugalah, rahsia sebenar tentang asal usul Harry mulai terbongkar, selain kenyataan bahawa nyawanya terancam.


HARRY POTTER DENGAN BILIK RAHSIA
Kod: SHPM5302
MUKA SURAT: 340
HARGA: SM: RM19 / S_S: RM21

SINOPSIS:
Tahun kedua Harry Potter di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts lebih mendebarkan.

Terpaksa kembali ke sekolah secara curi-curi disebabkan insiden memalukan yang berlaku di rumah keluarga angkatnya, suasana di sekolah semakin mencemaskan dengan kejadian serangan misteri ke atas para pelajar Hogwarts.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Harry didakwa pewaris Slytherin, ahli sihir legenda di Hogwarts yang dahulu membuka Bilik Rahsia dan membebaskan ular raksasa di dalamnya. Ini menjadikan Harry suspeks bagi serangan yang berlaku. Keadaan semakin genting apabila sahabat baik Harry sendiri, Hermione Granger, menjadi mangsa.

Harry bagaimanapun berjaya membunuh ular raksasa it, membongkar rahsia Bilik Rahsia itu, dan menyelamatkan Sekolah Ahli Sihir Hogwarts. 




HARRY POTTER DENGAN BANDUAN AZKABAN
Kod: SHPM5303
MUKA SURAT: 418
HARGA: SM: RM19 / S_S: RM21


SINOPSIS:
Selama dua belas tahun, Penjara Azkaban, sebuah penjara ahli sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan yang dikatakan paling kejam, Sirius Black.

Ahli sihir itu yang didakwa penyokong setia Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, berjaya melarikan diri dari penjara, dan dikatakan sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas kejatuhan tuannya.

Nyawa Harry Potter dalam bahaya, tetapi bukan disebabkan Sirius Black. Sebenarnya ada musuh dalam selimut di Hogwarts yang menyebabkan kematian ibu dan ayah Harry, memfitnah Sirius Black, seterusnya menunggu masa untuk kembali kepada tuannya.




HARRY POTTER DALAM PIALA API
Kod: SHPM5304
MUKA SURAT: 714
HARGA: SM: RM36 / S_S: RM38

SINOPSIS:
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelaslah yang Voldemort bukan semakin lemah, sebaliknya semakin berkuasa!

Tanda-tanda penting akan kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib seolah-olah petanda akan kemungkinan kecundangnya Harry Potter, satu-satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu.

Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi berbahaya, dia tahu bahawa matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi selamat menempuhnya.




HARRY POTTER DALAM KUMPULAN PHOENIX
Kod: SHPM5305
MUKA SURAT: 976
HARGA: SM: RM38 / S_S: RM40

SINOPSIS:
Harry Potter resah apabila dia dibiarkan tersisih kantin di rumah keluarga angkatnya sepanjang cuti musim panas sedangkan dia mengesyaki bahawa Voldemort sedang mengumpulkan pengikutnya untuk memburunya.

Harry kemudian diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dan mendapat tahu bahawa mereka merupakan ahli Kumpulan Phoenix yang ditubuhkan oleh Profesor Dumbledore untuk menentang kuasa jahat. Malangnya Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan berita-berita palsu benar yang disebarkan oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet.

Kemuncak cerita ini adalah pertempuran antara ahli Kumpulan Phoenix dengan pengikut Voldemort, yang mengorbankan nyawa bapa angkat Harry, Sirius.




HARRY POTTER DENGAN PUTERA BERDARAH KACUKAN
Kod: SHPM5306
MUKA SURAT: 708
HARGA: SM: RM36 / S_S: RM38

SINOPSIS:
Mengisahkan kegelisahan yang berlaku dalam di dunia ajaib serta dunia manusia disebabkan Voldemort yang semakin berkuasa. Diceritakan juga tentang Profesor Dumbledore yang membawa Harry bersama-samanya dalam misinya memusnahkan baki Horcrux-Horcrux Voldemort.

Malangnya dalam cubaan untuk memusnahkan Horcrux terakhir, iaitu sebuah loket, Profesor Dumbledore terbunuh setelah terjatuh dari menara astronomi selepas dikenakan sihir Avada Kedavra oleh Profesor Snape. Profesor Snape juga telah mendedahkan bahawa dialah Putera Berdarah Kacukan, sebelum melarikan diri.

Sesi persekolahan ditamatkan dengan serta-merta untuk majlis pengebumian Dumbledore. Profesor McGonagall dilantik sebagai Pengetua Hogwarts yang baru. Sekolah Ahli Sihir Hogwarts mungkin akan ditutup disebabkan kematian Dumbledore. Harry telah membuat keputusan untuk meninggalkan sekolah dan mengembara untuk mencari saki-baki Horcrux. Ron dan Hermione berikrar untuk terus bersama-sama Harry.




HARRY POTTER DENGAN AZIMAT MAUT
Kod: SHPM5307
MUKA SURAT: 756
HARGA: SM: RM38 / S_S: RM40

SINOPSIS:
Dalam bahagian ketujuh dan terakhir siri Harry Potter ini, J.K. Rowling menyingkap jawapan yang lama ditunggu-tunggu oleh peminat siri Harry Potter. Dalam buku yang terakhir ini, Harry Potter dibebani suatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil, iaitu mencari dan memusnahkan baki Horcrux Voldemort. Harry berjaya memusnahkan baki Horcrux Voldermort seterusnya mendapatkan Azimat Maut atau Tongkat Elder untuk membantunya menewaskan Voldemort.

Raja Kuasa Jahat dan pengikutnya menyerang Hogwart selepas menyangka telah berjaya membunuh Harry. Pertempuran hebat berlaku, menyaksikan ramai yang terbunuh termasuk abang Ron, Fred Weasley. Bagaimanapun, dengan tipu helah Harry akhirnya berjaya menewaskan Voldermort seterusnya mengembalikan keamanan di Hogwart dan dunia ajaib, amnya.

Di penghujung cerita, Harry berkahwin dengan Ginny Weasley sementara Ron berkahwin dengan Hermione Granger. Mereka hidup bahagia.

9 comments: