Order form

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Tuesday, May 10, 2011

SIRI POPULAR DUNIA 'TWILIGHT SAGA' DALAM BAHASA MALAYSIA

**POS DAFTAR FREE 
APABILA ANDA MEMBELI MANA-MANA 2 ATAU LEBIH BAHAN BACAN YANG TERDAPAT ALBUM CATCHY HOUSE



TWILIGHT (SENJAKALA)
Kod: SSTM7001
MUKA SURAT: 484
Umur: 15 tahun dan ke atas
HARGA: SM: RM34 / S_S: RM36

SINOPSIS:
Twilight berkisar tentang seorang gadis yang menjalin hubungan dengan kumpulan puntianak. Kisah bermula apabila Isabella Swans atau Bella berpindah dari Phoenix ke Forks untuk tinggal bersama-sama ayahnya, Charlie, selepas ibunya berkahwin lagi.

Ketika bersekolah di Sekolah Tinggi Forks, dia berkenalan dengan adik-beradik Cullen dan kemudian mengetahui bahawa keluarga Cullen sebenarnya puntianak. Bella kemudian jatuh cinta kepada Edward Cullen, salah seorang daripada puntianak tersebut. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Bella menjadi buruan kumpulan puntianak lain yang bernama James. Dengan bantuan Edward dan keluarga Cullen yang lain, Bella akhirnya terselamat. 


NEW MOON (CINTA BARU)
Kod: SSTM7001
MUKA SURAT: 538
Umur: 15 tahun dan ke atas
HARGA: SM: RM34 / S_S: RM36

SINOPSIS:
Sambungan daripada Buku1, Cinta Baru dimulakan dengan masalah hubungan cinta antara Bella dengan Edwards yang memaksa Edward memutuskan hubungan dengan Bella kerana tidak mahu membahayakan nyawa Bella.

Bella kemudian bersahabat dengan Jacob Black dan kawan-kawannya, Sam Paul, Embry dan Quil. Apabila Jacob Black kemudian menjauhkan diri daripadanya, Bella mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan akhirnya mendapat tahu bahawa Jacob Black dan kawan-kawannya merupakan kumpulan serigala jadi-jadian.

Konflik cerita ini sampai ke kemuncaknya apablia Bella menyelamatkan Edward Cullen daripada cubaan membunuh diri serta menjadi mangsa kumpulan puntianak daripada puak Volturi.


ECLIPSE (GERHANA)
Kod: SSTM7003
MUKA SURAT: 696
Umur: 15 tahun dan ke atas 
HARGA: SM: RM45 / S_S: RM47

SINOPSIS:
Sambungan daripada novel Cinta Baru, Bella masih terpaksa memilih antara cintanya pada Edward, si puntianak, dengan persahabatannya dengan Jacob, serigala jadi-jadian.
Pada masa yang sama berlaku beberapa siri pembunuhan kejam di Seattle, yang rupa-rupanya dilakukan oleh sekumpulan puntianak baru yang ganas, yang dicipta oleh Victoria, yang masih terus memburu Bella. Kali ini berlaku pertempuran antara kumpulan puntianak baru yang diketuai oleh Victoria dengan keluarga Edward yang dibantu oleh kumpulan serigala jadi-jadian. Dalam pertempuran ini, Victoria akhirnya tewas.
Kerjasama antara puntianak dan serigala jadi-jadian ini membuat Bella akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya mencintai Jacob juga, dan terpaksa membuat keputusan sama ada memilih kematian dengan berkahwin dengan Edward, atau memilih kehidupan. Bella akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Edward, membuat Jacob kecewa lalu membawa diri dengan terus menjadi serigala.



BREAKING DOWN (FAJAR)
Kod: SSTM7004
MUKA SURAT: 896
Umur: 15 tahun dan ke atas
HARGA: SM: RM45 / S_S: RM47

SINOPSIS:
Selepas majlis perkahwinan mereka, Bella dan Edward terbang ke Rio de Janeiro untuk berbulan madu. Bella kemudian hamil, suatu kehamilan yang luar biasa kerana berlaku sangat cepat dan pada masa yang sama, membahayakan nyawa Bella. Dalam saat-saat genting semasa Bella melahirkan bayinya, demi menyelamatkan nyawa Bella, Edward terpaksa mengubah Bella menjadi puntianak.
Kelahiran bayi ajaib mereka, Renesmee, telah menimbulkan masalah baru apabila puak Volturi yang mengetahui tentang kelahiran tersebut memutuskan untuk membunuh Renesmee dengan alasan, boleh mendedahkan rahsia puntianak. Demi menyelamatkan Renesmee, keluarga Cullen terpaksa meminta bantuan puak serigala yang diketuai oleh Jacob serta kumpulan puntianak lain, untuk berdepan dengan puak Volturi.


9 comments: