Order form

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Tuesday, May 10, 2011

NOVEL REMAJA


**POS DAFTAR FREE 
APABILA ANDA MEMBELI MANA-MANA 2 ATAU LEBIH BAHAN BACAN YANG TERDAPAT ALBUM CATCHY HOUSE



GUGURNYA KUNTUM SENA
PENULIS: Siti Suhaidawati binti Sohib
(Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY)
Kod: NRPM001
Muka surat: 288
HARGA: SM: RM16 / S_S: RM18

SINOPSIS:
Suhada merasa dirinya tersisih dan kurang mendapat kasih sayang keluarga. Disebabkan kemiskinan, dia sering dicemuh, malahan oleh saudara sendiri. Disebabkan kemiskinan juga, Suhada menjalani hidup sebagai pelajar yang sederhana, dan tidak bercita-cita tinggi.

Namun berkat ketabahan dan sokongan teman-teman, Suhada akhirnya berjaya ke menara gading kerana kemiskinan bukan alasan untuk mengecapi kejayaan.




KASIH DI TIGA UFUK
PENULIS: Rohaidah binti Daud
(Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY)
Kod: NRPM002
Muka surat: 284
HARGA: SM: RM15 / S_S: RM17

SINOPSIS:
Perceraian Papa dan Mamanya menyebabkan keluarga Yasmin bercerai-berai. Dia juga terpaksa menempuh kehidupan baru yang begitu asing baginya di kampung halaman Mamanya. Semua ini menimbulkan kemarahannya terhadap Papa dan Nenek Mary, ibu papanya, yang menjadi punca perceraian tersebut, lebih-lebih lagi apabila Mamanya meninggal dunia.

Setelah dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya yang dikelilingi insan-insan yang menyayanginya, dia kembali menghadapi dilema apabila dirayu pulang ke pangkuan Papanya, sedangkan dia masih menyimpan perasaan marahnya. Dia terpaksa membuat pilihan, antara menetap di Kuala Lumpur demi Papanya, atau memenuhi wasiat Mamanya agar dia tinggal bersama-sama Tok Ma di kampung. Selain itu, tanpa disedarinya, dia juga merindui seseorang. Yasmin akhirnya dapat menyatukan semula keluarganya apabila dia membawa Tok Ma tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur.




HIJRAH CARL
PENULIS: Nuroll Shazlinda binti Hairul
(Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY)
Kod: NRPM003
Muka surat: 280
HARGA: SM: RM16 / S_S: RM18


SINOPSIS:
Selepas menjadi yatim piatu, Carl Haikal dihantar pulang ke Malaysia dari kota London untuk ditemukan dengan warisnya. Di Malaysia, Carl menempuh pelbagai cabaran yang tidak pernah terduga olehnya apabila terpaksa berdepan dengan kebencian berpanjangan neneknya terhadap ibu bapanya.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila dia dikatakan pembawa malang dan penyebab kematian sepupunya, Johari. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan Carl kehilangan arah dan terkapai-kapai mencari tujuan hidup. Ketika dia bergelut dengan segala cabaran, muncul Batrisya Nur menjadi sumber inspirasi untuknya berhijrah, mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik, yang rela berkorban demi insan-insan yang disayanginya.




KUNDAI
PENULIS: Radzemah binti Bolhassan
(Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY)
Kod: NRPM004
Muka surat: 320
HARGA: SM: RM17 / S_S: RM19 (Termasuk harga pos)


SINOPSIS
Kundai atau sanggul Mina terlalu berharga. Tidak ternilai. Pusaka yang menjadi kenangan terindah Mohamad Ahadan. Bagi Mohamad, tiada sesiapa yang layak menyentuh sanggul Mina itu.

Keberanian seterunya, Mawar, telah mengubah segala-galanya. Yang indah di hati, bertukar rusuh. Yang aman dirasa bertukar resah. Namun kebijaksanaan Mawar akhirnya melentur sikap keras Mohamad selepas kehilangan keluarganya. Mohamad Ahadan akhirnya sedar bahawa cuma Mawar yang layak mewarisi pusaka Mina, ibunya.


LEMBAYUNG CINTA
PENULIS: Enche Abdullah bin Abdul Kadir
(Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY)
Kod: NRPM005
Muka surat: 296
HARGA: SM: RM16 / S_S: RM18

SINOPSIS:
Selepas kematian suaminya, Mariam terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kepada dua orang anak remaja, Adam dan Marsya. Pada masa yang sama, Mariam terpaksa pula berdepan dengan perubahan peri laku Adam yang berubah liar sehingga menjerumuskan remaja itu dalam gejala sosial.

Kekentalan semangat Mariam, disokong oleh kasih sayang Marsya dan nilai persahabatan Jaroh, menjadikan Mariam seorang yang cekal menempuh kegetiran hidup. Kehadiran Lembayung Cinta dalam keluarga itu juga memberikan suntikan misteri kepada ibu tunggal ini, dalam kisah yang penuh dengan resmi remaja masa kini dan nilai kemasyarakatan.

No comments:

Post a Comment