Order form

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Tuesday, May 10, 2011

PILIHAN NOVEL TERBAIK BAHASA MALAYSIA

**POS DAFTAR FREE 
APABILA ANDA MEMBELI MANA-MANA 2 ATAU LEBIH BAHAN BACAN YANG TERDAPAT ALBUM CATCHY HOUSE



DALAM SUJUD CINTA
Penulis: Yunita Tri Damayanti
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM001
Muka surat: 232
HARGA: SM: RM14 / S_S: RM16



SINOPSIS:
Tiara menyangka dialah wanita terakhir dalam hidup Aldi... Tiara terluka. Dalam kekalutan hati yang terluka, muncul Aidit, lelaki dengan ciri yang diidam-idamkannya selama ini. Dapatkah Tiara menepis godaan... atau takdir Ilahi mengatasi segala-galanya?

TEKS PILIHAN:
Ke Mana Perginya Cinta
“Abang mencintai awak, Tia.”
Ah, sudah sekian lama aku menunggu pengakuan itu keluar dari bibirnya. Cinta. Aku tersenyum.
“Saya tahu, bang, dan saya tak pernah meragui cinta abang pada saya. Tapi bagi ibu, ayah dan mak cik abang, cinta sudah tak ada ertinya lagi. Keinginan mereka saat ini cuma satu, menimang cucu. Sayangnya sampai saat ini saya belum dapat memenuhi keinginan mereka.”
“Abang bingung, Tia. Abang tak tahu nak cakap apa lagi... nak buat apa lagi. pada pendapat awak, keinginan mereka tu... er... wajar, bukan?”
“Memang wajar, bang. Keinginan yang sangat wajar dan lumrah. Semua ibu bapa ingin menimang cucu mereka sendiri. Lebih-lebih lagi abang anak tunggal, satu-satunya penyambung keturunan keluarga abang.” Aku cuba memahami keadaan suamiku saat itu.
“Jadi pada pendapat awak... bagaimana sebaiknya?”
“Abang nak tinggalkan saya?”
“Abang tak cakap macam tu.”
“Madukan saya?”
“Itu kemahuan mereka kan?”
“Kalau kita dapat buktikan pada mereka yang cinta kita kuat, adakah itu akan ada ertinya buat ibu dan ayah?”
“Macam mana caranya?”
“Abang berani tolak kemahuan mereka? Kita sama-sama usaha, bang, agar perkahwinan kita tak hancur.”
“Abang tak ada niat langsung nak hancurkan perkahwinan kita, Tia.”
“Jadi abang sanggup berdepan dengan mereka?”
______________________

Aku membatu. Inikah lelaki yang baru sekejap tadi meluahkan cintanya kepadaku? Mana perginya semua keberanian untuk tetap menggenggam cinta dan mendakapnya erat-erat di dada? Aku tersenyum sinis.


JODOH CINTA
Penulis: Kinoysan
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM002
Muka surat: 216
HARGA: SM: RM14 / S_S: RM16



SINOPSIS:
Novel ini mengisahkan pengalaman cinta seseorang dan usaha mereka untuk mencari jodoh mereka. Disertakan panduan dan tips tentang cara untuk mencari jodoh, sesuai dengan tuntutan agama Islam.

TEKS PILIHAN:
Apa khabar, Cinta?
Dalam warkah ini, aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa aku masih menunggumu dengan setia dan penuh kerinduan, salam malam yang dipenuhi doa yang panjang.
Usia sememangnya meninggalkan jejak pada diriku. Begitu juga episod-episod cintaku. Suratan takdir membuat aku sedar bahawa kau belum ditakdirkan untuk kutemui. Hanya iman di dada mampu membuat aku terus cekal menunggumu di sini.

Semoga aku tetap diberikan keteguhan hati dan kesabaran dalam menantimu, Jodoh Cintaku.

Salam Sayang,
Jodoh Cintamu


IZINKAN AKU BERSUJUD
PENULIS: Tyas
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM003
Muka surat: 232
HARGA: SM: RM15 / S_S: RM17



SINOPSIS:
Novel ini mengisahkan hubungan kasih sayang antara dua orang yang berlainan bangsa, antara Zevrin, seorang jururawat dengan seorang lelaki berbangsa Palestin bernama Fahiya. Fahiya menyedarkan Zevrin tentang penderitaan rakyat Palestin melalui hasil tulisannya sementara Zevrin pula telah menemukan Fahiya dengan abangnya yang hilang semasa perang.

Fahiya membawa perubahan besar dalam hidup Zevrin. Remaja itu mengajarnya banyak hal. Dia juga telah membawa Zevrin terbang ke Lebanon melalui hasil tulisannya, untuk menyelami kesengsaraan perang. Fahiya jugalah yang mengalihkan cinta Zevrin terhadap teman masa kecilnya.

Namun, mampukah cinta menumbuhkan kesabaran di hati? Mampukah cinta menjadi pengantara hubungan saudara dua bangsa seagama?

Kisahnya mengalir indah dalam cebisan waktu dalam aliran sungai kenangan yang ada masanya tenang menghanyutkan... ada ketikanya deras menengggelamkan...



CATATAN CINTA SEORANG ISTERI
PENULIS: Meidya Derni
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM004
Muka surat: 176
HARGA: SM: RM13 / S_S: RM15


SINOPSIS:
Mengisahkan catatan pengalaman berumah tangga seorang perempuan. Pengalaman sebenar alam rumah tangga tidak sama dengan yang disangka sebelum berkahwin. Apabila menghadapi masalah, pasangan biasanya membuat kesimpulan bahawa mereka memilih orang yang salah. Buku ini memberi kesedaran bahawa banyak masalah yang akan kita hadapi selepas berumah tangga. Kita harus berusaha menyelesaikan masalah tersebut supaya kita dapat hidup bahagia. Diberikan juga panduan dan tip tentang cara menyelesaikan masalah rumah tangga.

TEKS PILIHAN:
Apakah yang tidak kena dengan perkahwinanku ini? Mengapa begitu banyak dugaan yang aku hadapi? Adakah aku telah salah membuat pilihan? Aku yakin bahawa jalan sentiasa terbuka untuk tekad, harapan dan cinta...




  KASIH ADINDA
PENULIS: Afifah Afra
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM005
Muka surat: 296
HARGA: SM: RM16 / S_S: RM18



SINOPSIS:
Dr Irham, pakar psikiatri muda yang kaya, bijak ternama, Man of the Year... dan kacak...! Namun itu bukan jaminan kebahagiaannya. Kegagalan cinta yang sering melanda menghancurkan impian bahagianya.

Namun kehadiran Adinda dengan membawa perjuangan untuk menyelamatkan nyawa lelaki yang menjadi sanjungannya, mengubah semuanya. Cinta kembali menyapa, namun tidak semudah membalikkan telapak tangan.

Tergamakkah Adinda melantarkan lelaki sanjungannya? Adakah harapan bagi sebuah kebahagiaan buat mereka?


JALAN SERIBU LIKU
PENULIS: Maskiah Masrom
Daripada penulis tempatan yang berpengalaman luas dalam penulisan novel dan cerpen. Banyak mendapat anugerah sepanjang penglibatannya dalam karier beliau.
Kod: NPM006
Muka surat: 392
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20


SINOPSIS:
Mengisahkan konflik kejiwaan seorang gadis bernama Christina Sita Dewi. Bapanya, Edward Tan merupakan penganut agama Kristian sementara ibunya, Natasha Carl Ferdinand, merupakan penganut agama Hindu.

Dengan latar belakang keluarga sedemikian, Christina Sita Dewi mengalami pergolakan jiwa, sehingga akhirnya dia tidak yakin terhadap agama. Selepas suatu kemalangan jalan raya, minda bawah sedarnya telah membawanya kepada suatu perubahan rohani. Dia akhirnya memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Khairun Nadia.
––––––––––––––––––––
Membesar dalam keluarga yang menganut agama Kristian dan Hindu, Christine akhirnya mengalami konflik kejiwaan. Pergolakan jiwanya semakin parah sehingga melenyapkan keyakinannya terhadap agama. Masih adakah jalan terang baginya?


HATI QASANDRA
PENULIS: Hanna
Daripada penulis tempatan yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan.
Kod: NPM007
Muka surat: 328
HARGA: SM: RM17 / S_S: RM19


SINOPSIS:
Mengisahkan seorang gadis bernama Qasandra yang ragu-ragu untuk menerima cinta seorang lelaki bernama Hendra selepas kekasih pertamanya mati dalam kemalangan kapal terbang.

Hendra sangat mencintai Qasandra sehingga dia sanggup mendermakan hatinya kepada Qasandra. Bagaimanapun dia meninggal dunia selepas pemindahan hati tersebut.

Qasandra kemudian jatuh cinta kepada suami sahabat baiknya yang kemudian memutuskan untuk menyerahkan anak perempuannya untuk dijaga oleh Qasandra. 




LANGIT MEKAH BERKABUT MERAH
PENULIS: Geidurrahman El-Mishry
Merupakan penulis terkenal Indonesia dan juga dikenali di negara kita pada mereka yang meminati hasil tulisannya yang lebih menjurus kepada keIslaman.
Kod: NPM008
Muka surat: 336
HARGA: SM: RM17 / S_S: RM19


SINOPSIS:
Novel ini memaparkan kisah benar tentang pengalaman seorang pembantu rumah yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia bernama Midah Hamidah.

Gadis malang ini telah lari dari rumah majikannya di Mekah kerana tidak tahan dengan seksaan dan gangguan seksual oleh majikannya.

Dia mengharapkan seorang pemuda bernama Firdaus untuk menyelamatkannya, bagaimanapun Firdaus sendiri ditimpa masalah apabila dia dipenjarakan atas tuduhan merogol.

Harapan Midah untuk kembali ke tanah airnya tidak kesampaian apabila dia akhirnya dihukum sebat atas kesalahan yang tidak dilakukannya, yang menyebabkan kematiannya.

–––––––––––––––––––––––––

Cerita ini merupakan kisah benar tentang perjuangan hidup Midah di bumi asing, yang disaksikan dan dipaparkan sendiri oleh penulis. Ikuti kisah perjuangan dan menyayat hati ini yang bakal membuka minda kita tentang realiti kehidupan sebenar.




BAIT-BAIT CINTA
PENULIS: Geidurrahman El-Mishry
Merupakan penulis terkenal Indonesia dan juga dikenali di negara kita pada mereka yang meminati hasil tulisannya yang lebih menjurus kepada keIslaman.
Kod: NPM009
Muka surat: 400
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Jaka, seorang budak kampung, dapat belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir berkat jasa Haji Ismail, ayah Fatimah. Di luar pengetahuannya, Haji Ismail berhasrat menjodohkannya dengan Fatimah demi harapan besarnya terhadap pemuda itu.

Jaka sebenarnya tidak menolak, walaupun hatinya telah terpaut kepada Amira, seorang gadis Palestin yang yatim piatu, yang telah membuka matanya tentang kekejaman Zionis serta kesengsaraan rakyat Palestin.

Jaka terperangkap dalam cinta tiga segi. Ketika keluarga Haji Ismail membuat persiapan untuk menikahkan Fatimah dengan Jaka di Tanah Suci Mekah, Jaka menerima khabar duka tentang Amira yang kehilangan keluarga angkatnya akibat dibom oleh tentera Israel.

Dia bersedia berkorban demi Amira, tetapi sanggupkah dia mengecewakan hati orang-orang yang pernah berkorban untuknya? Tetapi tegakah dia melantarkan Amira demi membalas jasa? 




CINTA DI TELAGA NABI
PENULIS: Abdillah F. Hasan
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM010
Muka surat: 312
HARGA: SM: RM16 / S_S: RM18


SINOPSIS:
Hanif, seorang pemuda miskin dan anak yatim piatu. Dia tinggal dengan ibu dan ayah angkatnya yang miskin. Jiwa Hanif selalu memberontak kerana dia menganggap Tuhan tidak adil dalam menentukan takdir seseorang.

Dia kemudian pergi ke bandar untuk mencari nafkah. Dunia asing yang dianggapnya bagai syurga itu akhirnya menyebabkan dia terjebak dalam jenayah.

Diceritakan juga tentang banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh Hanif dalam mencari jati diri. Selepas kematian orang yang dikasihinya, Hanif akhirnya pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru dengan keinsafan diri.




KUHAPUS NAMAMU DENGAN NAMA-NYA
PENULIS: Taufiqurrahman Al-Azizy
Merupakan penulis terkenal Indonesia dan juga dikenali di negara kita pada mereka yang meminati hasil tulisannya yang lebih menjurus kepada keIslaman.
Kod: NPM011
Muka surat: 368
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Adakah orang yang bijaksana, warak, dan berharta akan sentiasa bahagia dalam hidup? Bukankah kecerdasan dan keimanan merupakan jaminan untuk beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat?

Ternyata tidak! Apabila kebijaksanaan dan kewarakan tidak disyukuri sebagai kurniaan suci Ilahi, maka keangkuhan, kesombongan, dan kealpaan membawa bencana dalam kehidupan.

Itulah yang berlaku kepada Naufal, putera tunggal seorang ulama. Seorang yang kaya, tampan, cerdas dan warak, dia merasakan bahawa dia telah memiliki segala-galanya. Tanpa disedarinya, kesombongan merasuk jiwanya, menjelmakan iblis yang menghancurkan seluruh hidupnya.

Novel ini mengajak kita merenung diri dan menyedari bahawa kesucian hatilah yang paling utama harus dimiliki oleh seorang hamba di hadapan Tuhannya. 




FLAMIDA
PENULIS: Roidah
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM012
Muka surat: 264
HARGA: SM: RM15 / S_S: RM17


SINOPSIS:
Novel menyayat hati ini mengisahkan pengalaman pahit dalam hidup menjadikan Mida begitu skeptis dalam hidup. Ketika kerinduan meyelubungi hati, keraguan akan kehadiran Akim seolah-olah menambah keperitan dalam dada Mida.

Sampai bilakah kekecewaan menjadi pendampingnya dan bilakah penderitaannya akan berakhir?




GALAU
PENULIS: Indarpati
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM013
Muka surat: 264
HARGA: SM: RM15 / S_S: RM17


SINOPSIS:
“Dengan pengertian, kasih sayang, dan keperihatinan - bukan kejian, cacian, dan membenci - membawa insan galau ke jalan terang...”

Kasar, bengkeng, dan tegas, Nur dicap sebagai tomboi dan lebih buruk lagi... lesbian. Jika benar begitu, mengapa dia menyimpan hati terhadap seorang lelaki?

Lelaki yang tampan, pendiam, dan hampir sempurna. Lelaki yang menyimpan seribu satu rahsia peribadi. Lelaki yang tidak tertarik kepada perempuan!

Mampukah Nur membawa dambaan hatinya keluar daripada kegalauan sedangkan dia sendiri dalam persimpangan?




BUNGA PADI
PENULIS: Ahjab
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM014
Muka surat: 256
HARGA: SM: RM15 / S_S: RM17



SINOPSIS:
Sebuah novel tentang kisah cinta siswa pusat pengajian tinggi, Hasyim dan Nuraini, isu kekeluargaan, dan kemelut hidup masyarakat petani di desa. Selain memaparkan eratnya hubungan keluarga sehingga mengatasi hubungan cinta, novel ini turut memaparkan kesusahan dan kemelut hidup masyarakat petani di kampung-kampung.

PETIKAN TEKS PILIHAN:
“Aku akan berdoa untukmu, Sayangku, agar segala yang kau impikan akan menjadi kenyataan... Tentang cinta, yang menurutmu, ibarat menyarungkan cincin...”




ARVAYUNA
PENULIS: Riannawati
Diadaptasi dari novel popular Indonesia
Kod: NPM015
Muka surat: 256
HARGA: SM: RM14 / S_S: RM16


SINOPSIS:
Novel yang mengisahkan isu berpoligami.

Cerita mengisahkan Ardi, seorang pengarah syarikat, yang beristeri tiga. Walaupun ketiga-tiga isterinya cacat – Dyna, lumpuh, Ayu, bisu, sementara Eva pula buta – Ardi tetap menjaga isteri-isterinya dengan baik.

Bagaimanapun, pergeseran kecil timbul apabila ketiga-tiga isteri mula saling curiga kerana merasakan Ardi bersikap pilih kasih. Keadaan semakin genting apabila seorang gadis bernama Risa jatuh hati kepada Ardi dan mahu dijadikan isteri keempat Ardi.




BUKAN KERANA ALLAH AKU JADI PENGGANAS
PENULIS: Damien Dematra
Diadaptasi dari novel popular dan penulis terkenal Indonesia.
Kod: NPM016
Muka surat: 392
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Mengisahkan gadis bernama Kemala, seorang pelajar perubatan dan penari, yang telah diperdaya untuk menjadi ahli suatu pertubuhan pengganas yang bertopengkan pertubuhan agama.

Kemala kemudian jatuh cinta kepada seorang lelaki yang menganggotai pasukan perisikan bagi pertubuhan anti-pengganas, yang kemudian berjaya menghalang rancangan Kemala untuk meletupkan sebuah kelab malam yang menjadi tumpuan warga asing. Kemala akhirnya berjaya disedarkan bahawa dia telah diperdaya untuk melakukan keganasan atas nama agama.

Novel ini memberi kesedaran bahawa kesucian agama sebenarnya dicemarkan oleh segelintir pengganutnya sendiri yang menghalalkan keganasan atas nama Tuhan.



TUHAN JANGAN PISAHKAN KAMI
PENULIS: Damien Dematra
Diadaptasi dari novel popular dan penulis terkenal Indonesia.
Kod: NPM017
Muka surat: 384
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20

SINOPSIS:
Cerita tentang seorang gadis yatim piatu bernama Khaleda, yang bekerja sebagai penjaga tiket. Khaleda yang selalu pengsan dan sering keletihan, disahkan menghidap SLE atau radang sistem imun. Kenyataan ini melemahkan semangatnya untuk hidup.

Dalam kemelut melawan penyakit, Khaleda didampingi oleh dua orang pemuda – Salman, kawan sekerjanya, dan Zahir, seorang lelaki kaya. Disebabkan Zahir seorang yang ego dan Khaleda tidak yakin Zahir sanggup menerima keadaannya yang sakit, Khaleda memilih Salman.

Malangnya, Salman mati dalam kemalangan jalan raya, membuat Khaleda beralih kepada Zahir, bagaimanapun terpaksa menghadapi kenyataan bahawa Zahir abang kandungnya. Khaleda akhirnya ditemukan semula dengan keluarganya.




 GADIS KOTA JERASH
PENULIS: Habiburrahman El Shirazy
Merupakan penulis terkenal Indonesia dan juga dikenali di negara kita pada mereka yang meminati hasil tulisannya yang lebih menjurus kepada keIslaman.
Kod: NPM018
Muka surat: 360
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Gadis Kota Jerash merupakan salah satu kisah himpuan cerpen terbaik Indonesia yang terdapat dalam novel ini mengisahkan seorang gadis Palestin bernama Najma. Semasa kecil, Najma merupakan pelarian Palestine yang melarikan diri ke sempadan Jordan, yang kemudian terperangkap dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Shabra dan Shatila oleh tentera Yahudi.

Najma bercita-cita untuk menjadi penari dalam Festival Kota Jerash di Jordan. Cita-citanya itu bagaimanapun ditentang oleh keluarga angkatnya kerana dianggap menjatuhkan maruahnya sebagai anak pejuang Palestin. Najma berkeras untuk menjadi penari lebih-lebih lagi apabila terpilih untuk membuat persembahan dalam festival tersebut. Bagaimanapun, ketika hampir membuat persembahan, Najma insaf lalu membatalkan niatnya dan kembali ke pangkuan keluarga angkatnya.

Selain kisah Najma, pelbagai kisah menyayat hati di bumi Palestin yang merangkumi pelbagai sudut, turut dipaparkan untuk menimbulkan rasa simpati terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.




LINTANG GUMEBYAR
PENULIS: Indarpati
Diadaptasi dari novel popular Indonesia.
Kod: NPM019
Muka surat: 360
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Mengisahkan seorang gadis belasan tahun bernama Lintang yang tinggal bersama-sama neneknya di sebuah desa di Pati, selepas ayahnya meninggal dunia dan ibunya, Narmi, berkahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Tuan Margo.

Atas desakan Narmi, Lintang menjadi penyanyi sambilan. Kukuh, seorang lelaki kaya yang selalu menonton persembahannya, jatuh cinta kepadanya. Cinta Kukuh bagaimanapun ditolak oleh Lintang kerana lelaki itu sudah beristeri walaupun tidak mempunyai anak.

Narmi seorang yang bersifat materialistik. Walaupun telah berkahwin dengan disebabkan tamakkan harta, Narmi telah berpakat dengan Kukuh supaya Lintang terpaksa berkahwin dengan Kukuh. Narmi telah memperdaya Lintang dan membiarkan anaknya itu diperkosa oleh Kukuh. Lintang hamil menyebabkan dia terpaksa menerima lamaran Kukuh. Tipu muslihat Narmi bagaimanapun terbongkar sebelum Lintang sempat berkahwin dengan Kukuh. Lintang kemudian melarikan diri ke Surabaya dalam keadaan sarat mengandung dan terumbang-ambing sehinggalah dia berjumpa dengan Lasemi dan keluarganya yang sudi menolongnya. Dia bagaimanapun menghadapi dilema apabila terpaksa menyara diri dan anaknya. Dia yang tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang, sanggup menjadi penyanyi jalanan dan penghibur kelab malam.

Novel menyayat hati ini memaparkan realiti kehidupan sebenar yang terjadi dalam hidup seharian kita. Sama ada sedar ataupun tidak, itulah warna realiti kehidupan.


ERY ITU BULAN
PENULIS: Rahimah Muda
Daripada penulis tempatan yang Memenangi Tempat Pertama Sayembara Novel Sejarah Johor Kali Ke-3)
Kod: NPM020
Muka surat: 472
SAIZ BUKU: 130 mm x 190 mm
HARGA: SM: RM23 / S_S: RM25



SINOPSIS:
ERY itu Bulan mengisahkan hubungan cinta tiga segi antara Ery Andika, Nomi Emira dan Leeqa. Cerita bermula dengan perkenalan antara Ery Andika dengan Nomi Emira di suatu majlis seni dan budaya. Ery, seorang penari yang sering berpasangan dengan Leeqa, seorang gadis cantik yang sombong. Nomi pada mulanya tidak berhasrat untuk memikat Ery. Tetapi disebabkan kesombongan Leeqa dan untuk menyakitkan hati Leeqa yang sering mengganggunya, Nomi pun cuba memikat Ery.

Perkenalan itu menghadapi pelbagai halangan terutama daripada Leeqa yang Nomi gelar sebagai ‘perempuan ubur-ubur’ kerana sifatnya yang suka menjahanamkan orang lain. Dalam usahanya merebut Ery daripada tangan Leeqa, Nomi menghadapi konflik dalam diri antara berpegang pada prinsipnya dengan menyahut cabaran Leeqa.

Hubungan Ery dengan Nomi bagaimanapun menghadapi masalah disebabkan sikap Ery yang seperti bulan, yang hanya kelihatan cantik dari jauh. Hubungan Ery dan Nomi berakhir apabila Nomi menemui kekasih baru, sementara Ery pula menjalin semula hubungan dengan Leeqa. Novel ini mengetengahkan Nomi, seorang perempuan terkini yang masih mengekalkan sebahagian daripada jati diri bangsanya dalam mengisi kehidupan zaman globalisasi ini. Untuk mencipta keunikan tersendiri, pengarang menggunakan pendekatan sains angkasa biologi dalam penceritaan. Rumusan novel ini bukan hanya sebuah kisah cinta malah mengetengahkan jati diri, kekuatan jiwa, dan nilai-nilai murni yang boleh menjadi motivasi kepada pembaca.

WAKTU YANG MENGHILANG

PENULIS: Adi Yanuardi
KOD: NPM021
MUKA SURAT: 296
HARGA: SM: RM17 / S_S: RM19





SINOPSIS:
Novel ini memaparkan luahan hati seorang lelaki bernama Aldi terhadap seorang gadis cantik bernama Liana. Cinta yang dipermainkan membuat Aldi merasakan hidupnya tidak bermakna sehingga dia terjerumus dalam kehidupan hitam seperti hidup berfoya-foya, menjalin hubungan dengan kaum sejenis, dan cubaan membunuh diri. Dia akhirnya insaf dan bertekad untuk melupakan Liana.





PENGANTIN SUBUH

PENULIS : Zelfeni Wimra
KOD: NPM022
MUKA SURAT: 320
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



Din, aku ingin menjadi pengantinmu sebelum azan Subuh berkumandang...

Surat yang tidak pernah dikirimkan menjadi penyampai kisah cinta tidak kesampaian seorang perempuan terhadap kekasih yang ditinggalkan.


SINOPSIS: 

Pengantin Subuh merupakan himpunan 22 buah cerpen yang menceritakan semangat manusia dalam memperjuangkan harapan yang sederhana dan tidak menggunung, tetapi masih begitu sukar untuk dicapai. Sebahagian daripada cerpen tersebut menggambarkan kehidupan masyarakat Minangkabau. Antara cerita yang termuat dalam himpunan cerpen ini ialah Pengantin Subuh, Madrasah Lumut, Bunga dari Peking, Rumah Kayu Bersendi Batu, Perempuan Berbau Asap, Induak Tubo, Saudara Sesusuan, Menjelang Subuh, Yang Terbongkok-bongkok di Halaman, Jalan Mati, Baju Berkancing Peniti, Wan Tulin, dan Basikal Malik Tumbang




BULAN UNGU DALAM HATI
PENULIS: Radzemah Bolhassan
KOD: NPM023
MUKA SURAT: 480
HARGA : SM: RM24 / S_S: 26RM



Oh bulan, menjelmalah! Lihatlah aku... tetamu rindu yang tiada sudahnya. Puas aku berdoa, mengejar cinta. Apabila bersua, rupa-rupanya cintaku bukan untuk dia. Berapa lama lagi aku harus menunggu tetamu rindu yang ketandusan usia?

SINOPSIS:
Bulan Ungu dalam hati mengisahkan cinta terpendam seorang gadis bernama Mahani terhadap seorang pemuda bernama Mahada. Mahada pula tidak mengetahui langsung akan perasaan Mahani terhadapnya. Bukan sehari dua, malah selama hampir lapan tahun Mahani mengharapkan cinta Mahada, iaitu sejak dia belajar di maktab perguruan sehinggalah dia menjadi seorang guru di Belawai.

Konflik terjadi apabila adik Mahani, Atiqah muncul sebagai orang ketiga dalam hubungan Mahani dengan Mahada, membuat Mahani mula sedar bahawa dia sebenarnya menggantungkan harapan yang sia-sia.

Selain konflik cinta, dipaparkan juga konflik dalam keluarga Mahani yang melibatkan masalah hak milik tanah, pembahagian harta pusaka dan persengketaan saudara.





MISTERI TELAGA TUM BRATMA
PENULIS: Radzemah Bolhassan
KOD: NPM024
MUKA SURAT: 400
HARGA: SM: RM18 / S_S: RM20



SINOPSIS:
Mengisahkan misteri yang melanda Salihin apabila dia diserang penyakit gatal yang tidak sembuh-sembuh, malahan boleh membawa maut. Puas dia berusaha untuk mengubati penyakitnya, namun sia-sia. Keadaan semakin buruk apabila Salihin turut dihantui mimpi-mimpi aneh, terutamanya apabila dia menjalin hubungan dengan gadis-gadis, selain Azizah. Malangnya, Azizah terus-menerus menolak cintanya kerana dia berketurunan Melanau. Disebabkan mimpi anehnya itu juga, Salihin terus hidup membujang, dan sekarang menghidap penyakit kedal pula.

Misteri semakin membingungkan apabila Salihin akhirnya mengetahui bahawa dia berketurunan Tum Bratma dan penyakit kedal yang dihadapinya berpunca daripada keterlanjurannya melanggar pantang.




DI PINTU SYURGA
PENULIS: A.Umair al-Amr
KOD: NPM025
MUKA SURAT: 328
HARGA: SM: RM17 / S_S: RM19



SINOPSIS:
Novel ini memaparkan hubungan kasih Abu Hanifah dengan Siti Sarah Al-Basri. Sebelum berkahwin dengan Abu Hanifah atau Han, Sarah telah merahsiakan sesuatu tentang dirinya, rahsia yang menentukan hayat cintanya bersama-sama Han, demi memastikan dia dapat berkahwin dengan lelaki itu.
Rahsia itu terbongkar selepas mereka berkahwin, dan Han akhirnya sedar bahawa dia bakal kehilangan Sarah disebabkan penyakit leukemia yang dihidapi Sarah sejak bertahun-tahun lamanya. Walaupun Han tidak berhenti-henti berdoa agar Sarah disembuhkan daripada penyakitnya, namun takdir Tuhan mengatasi segala-galanya apabila Sarah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya, ketika usia perkahwinan mereka tidak sampai dua minggu.
Selepas kematian Sarah, Han memutuskan untuk menjadi sukarelawan di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu. Selain ingin memberikan khidmat tenaganya, tujuan sebenar Han hanya satu. Untuk segera menemui Sarah. Niatnya tercapai apabila dia menemui ajal ketika berkhidmat di Vietnam.


No comments:

Post a Comment